Thursday, 18 February 2016

DAP Pulau Pinang punca golongan muda ‘homeless generation’?



Golongan belia kini bakal menjadi ‘homeless generation’ jika rumah mampu milik tidak dijadikan sebagai asas keperluan yang harus dimiliki.

Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lim Guan Eng tidak memikirkan kelangsungan masa depan golongan muda kerana hanya membina perumahan yang tidak langsung mampu dimiliki.


Berikutan itu tegasnya lagi, Kerajaan Pusat perlu mengambil langkah segera dengan membina rumah mampu milik untuk golongan muda jika tidak mahu melihat golongan muda yang ada pada hari ini akhirnya merempat.

“Hilmi menegaskan semua pimpinan tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu menolak sentimen politik dalam banyak perkara khususnya melibatkan rakyat.

Ini kerana, kerajaan negeri telah menolak projek rumah mampu milik yang ingin dibangunkan di Pulau Pinang Kerajaan Pusat, sekaligus ia memberi kesan buruk kepada rakyat di negeri itu sendiri.

“Saya tahu yang Kerajaan Pusat ingin membina 3000 rumah mampu milik melalui 15 pelan pembangunan tapi ia ditolak kerajaan negeri hanya kerana polemik politik, dan kesannya adalah golongan muda sekarang ni, seorang pun belum miliki rumah kerana tidak ada rumah kos rendah.

No comments:

Post a Comment