Thursday, 18 February 2016

BAWA MASUK PEKERJA BANGLADESH - ADIK TPM ZAHID HAMIDI DIFITNAH !


Sebelum ini pelbagai pihak terutamanya parti DAP, telah merekacipta dan menabur fitnah tentang isu kemasukan pekerja Bangladesh. 

Kononnya adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hakim Hamidi terlibat untuk menyediakan tenaga kerja asing Bangladesh ke Malaysia.

Beliau kononnya terlibat sebagai perantara di antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia, dakwa sesetengah pihak. Seperti dijangka, segala dakwaan itu hanya satu fitnah pihak yang mengambil peluang sengaja mahu memburuk-burukkan DS Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Abdul Hakim, Pengerusi Real Time Networking Sdn Bhd, syarikat beliau hanya berhasrat untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing sambil menegaskan cadangan perisian tersebut merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak kerajan di Malaysia. 
Saya pada awalnya memang berhasrat untuk menyediakan satu perisian kepada pihak NGO di Bangladesh atas dasar untuk membantu mereka (pihak Bangladesh) agar seleras dengan teknologi yang digunakan di negara ini.

“Ia (perkhidmatan perisisn yang disediakan itu) langsung tidak ada kena mengena dengan pihak kerajaan, agensi ataupun NGO yang berada di negara ini” katanya ketika wawancara eksklusif bersama SuaraTV. 


SELANJUTNYA >>> KLIK SINI <<<<

No comments:

Post a Comment