Sunday, 2 August 2015

Kawalan Fitnah : Perbualan Whatsapp Perancangan Sabotaj Perdana Menteri Oleh Beberapa Pemuda UMNO Juga Akan Disiasat?


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), agensi itu akan melakukan siasatan terhadap penyebaran fitnah melalui media sosial dan whatsapp. Terbaru, penyebaran fitnah yang menjadi heboh dikalangan rakyat adalah berhubung iringan pihak polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail;

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat pihak yang terbabit di sebalik penyebaran satu gambar bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diiringi anggota polis. 
Dalam satu kenyataan, SKMM mendapati gambar berkenaan sudah disalahgunakan yang mana mungkin menimbul dan mengganggu gugat demokrasi berparlimen di negara ini. 
Gambar yang diterbitkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 2013 itu ketika lawatan Abdul Gani ke Lahad Datu jelasnya, digunakan semula supaya ia kelihatan seperti beliau mendapat layanan buruk. 
"SKMM sedang menjalankan siasatan ke atas perkara ini. 
"Kami juga ingin menegaskan bahawa SKMM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati menyebarkan fitnah dan berita palsu dalam media sosial serta WhatsApp," menurut kenyataan itu dipetik menerusi laman Facebook SKMM, hari ini. 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71822

Merujuk kepada laporan di atas, Penangkini sedikit tertanya- tanya, jika benar SKMM mahu mengambil tindakan, adakah ianya hanya merujuk kepada pesanan whatsapp berunsur fitnah sahaja?

Bagaimana pula dengan printscreen perbualan whatsapp yang didakwa sebagai perancangan sabotaj terhadap Perdana Menteri yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang pemuda UMNO (klik sini)? Apakah perlu ada suatu laporan Polis tentang perkara itu sebelum siasatan dapat dilakukan?

No comments:

Post a Comment