Sunday, 2 August 2015

Pemuda UMNO Bahagian Tenggara Degil Atau Tiada Penjelasan? - Tun Faisal


Dari blog Tun Faisal;
Ada yang bertanya saya tentang dua tweet ini -


1. Jawapan saya: pertama, kena pastikan dulu, adakah ia satu USUL atau hanya Ucapan Penangguhan. USUL akan dibawa ke dalam persidangan di peringkat Pusat, tetapi ucapan penangguhan tidak diangkat sebagai Usul. Kedua; mereka boleh membahaskan dan mengusulkan apa saja dalam persidangan UMNO Bahagian, cuma yang ingin saya persoalkan di sini adakah mereka telah mendapat penjelasan yang sebaiknya sebelum mereka mengusulkan agar penangguhan dibatalkan? 
2. Asasnya mudah dari segi peraturan dan pentadbiran parti, keputusan berkenaan penangguhan pemilihan pada tahun 2016 telah dibawa ke dalam mesyuarat MT dan anggota MT telah bersepakat menyokong agar pemilihan ditangguhkan. Keputusan ini, saya yakin telah dibincangkan dan diputuskan secara kolektif oleh semua anggota MT yang juga terdiri dari anggota yang mewakili sayap dan dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. 
3. Apabila ia telah menjadi keputusan yang disepakati bersama, maksudnya oleh pemimpin di peringkat nasional dan negeri, makan apabila mana-mana pemimpin yang dijemput merasmikan persidangan UMNO dan sayap bahagian wajar memberi penjelasan dan mempertahankan keputusan yang telah disepakati bersama. 
4. Sudah tentu sebagai seorang pemimpin di peringkat nasional dan pemimpin nombor dua dalam parti, sesuai dengan komitmen TS Muhyiddin untuk membantu Presiden parti, beliau wajar memberi penjelasan mengenai penangguhan pemilihan pada tahun 2016 di setiap persidangan bahagian yang dirasmikan beliau. Pada waktu yang sama beliau juga perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong beliau, termasuklah yang berada di dalam sayap Pemuda. 
5. Memandangkan terdapat dua orang wakil sayap Pemuda di dalam mesyuarat MT, iaitu Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya mengandaikan keputusan menangguhkan pemilihan tahun depan juga telah dibahas dan dipersetujui oleh mereka berdua. Maka sebagai pemimpin Pemuda di peringkat pusat, keputusan ini wajar dijelaskan sebaik-baiknya kepada Exco Pemuda Pusat dan Ketua Pemuda Negeri yang seterusnya akan menjelaskannya di peringkat Ketua-ketua Pemuda Bahagian. 
6. Sekiranya benar Pemuda UMNO Tenggara mengusulkan supaya keputusan ini dibatalkan, maka ada kemungkinan soal penangguhan pemilihan ini masih belum dijelaskan dengan baik kepada Pemuda UMNO Bahagian Tenggara oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri atau mereka tidak bersetuju dengan keputusan bersama yang telah dibuat oleh wakil pergerakan itu di dalam mesyuarat MT. 
7. Dari sudut pandangan saya, oleh kerana keputusan penangguhan ini telah dipersetujui secara kolektif di dalam Mesyuarat MT, termasuk oleh dua orang pemimpin kanan Pemuda, maka adalah menjadi tugas dan tanggung jawab Exco Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, yang merupakan ex-officio dalam mesyuarat Exco di peringkat pusat untuk memberi penjelasan mengenai keputusan ini semasa mereka turun merasmikan persidangan Pemuda UMNO Bahagian yang sedang berlangsung ketika ini. 
8. Siapa yang wajar beri penjelasan kepada Pemuda UMNO Tenggara dan Pemuda UMNO Bahagian yang lain? Ketua Pemuda Negeri? Pemimpin Pemuda Pusat? TS Muhyiddin? Ketua Bahagian Tenggara? Pengerusi Badan Perhubungan Negeri?
- Tun Faisal 

No comments:

Post a Comment