Monday, 3 August 2015

Siasatan PAC Ke Atas 1MDB Tidak Akan Diberhentikan - Rahman Dahlan


Kerajaan tidak berkuasa untuk menghentikan siasatan oleh Parlimen biarpun empat anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata sebaik siasatan sudah dimulakan, ia hanya boleh dihentikan apabila PAC sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada ahli Dewan Rakyat.

Katanya, fungsi dan siasatan PAC tidak dihentikan hanya kerana beberapa ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya.

"Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB.

"Ia dianggar kira-kira dua bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya bermula pada awal Oktober ini bagi menentukan pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Abdul Rahman berkata, justeru, beliau tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana empat anggotanya dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet.

"PAC diwujudkan sejak merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71897?m=1

No comments:

Post a Comment