Sunday, 2 August 2015

Fitnah Sekat Media Sosial : TPM Akan Ambil Tindakan


Kerajaan akan ambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah dengan mendakwa penggunaan media sosial akan disekat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini beliau sudah mengarahkan polis melakukan siasatan terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit.

"Ada pihak yang cuba menyebarkan kononnya saya mengeluarkan kenyataan mendakwa semua media sosial di negara ini akan disekat.

"Kali ini saya tidak beri amaran namun akan mengambil tindakan dan berharap pihak terbabit menarik balik kenyataan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak diharap tidak menggunakan kebebasan media untuk menyebarkan fitnah. /Hmetro

No comments:

Post a Comment