Saturday, 1 August 2015

Mahathir Hilang Sokongan : Akan Dedah Tokoh "Talam Dua Muka" Yang Kembali Kepada Najib?


Hari ini, Mahathir Mohamad dengan nada sedih meluahkan rasa kecewa kerana dakwanya beberapa individu berprofil tinggi yang sebelum ini ada datang mengadu kepadanya tentang beberapa perkara dilihat mula berubah arah dan kembali menyokong Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak.

Baca luahannya seperti yang disiarkan portal Malaysiakini;
Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain. 
Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
"Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka. 
"Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang," katanya.
Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut. 
Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini "tidak mempertikaikan sesiapa". 
"Orang AS berkata, negara kami - jika benar akan dipertahankan benar dan jika salah, akan diperbetulkan. 
"Tapi bagi mereka (ahli Umno) mereka menggantikan istilah 'negara' kepada parti," katanya.
Ungkapan itu biasanya digunakan untuk menggambarkan patriotisme atau kesetiaan membuta tuli.
Melalui artikel tersebut, Mahathir menyatakan dirinya sudah tidak lagi dikunjungi oleh tokoh yang sebelum ini pergi kepadanya untuk mengadu tentang beberapa isu. Persoalannya siapakah tokoh yang dimaksudkan Mahathir itu?

Jika sebelum ini Mahathir pernah mendesak Perdana Menteri untuk menunjukkan butiran akaun peribadinya dengan alasan mahu mendapatkan kebenaran, sudah tiba masanya untuk Mahathir pula mendedahkan nama- nama tokoh yang dimaksudkan bermuka- muka itu sebagai bukti beliau tidak berbohong.

2 comments:

  1. Penggunaan maklumat palsu untuk menjatuhkan orang memang perbuatan yg amat keji. Mempercayai berita yg dibawa oleh orang fasik tanpa menyiasat terlebih dahulu juga x selaras dengan agama Islam. Renung2kanlah di mana letaknya anda? Tang ni akau salute Najib, beliau bertungkus lumus membuat siasatan setelah mendengar berita dan dakwaan tanpa bukti yg dibawa oleh orang2 yg fasik. Seseorang pemimpin x boleh mengambil tindakan secara terburu2 yg mungkin akan menambah lagi kemudharatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan saudara, Pandangan yang matang..

      Delete