Monday, 24 May 2021

Pulau Pinang tangguh kebenaran bernikah bermula esok..

 

Oleh Zuhainy Zulkiffli Berita Harian

GEORGETOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini, susulan sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula esok.

JHEAIPP menerusi kenyataannya di sini berkata, bagaimanapun, akad nikah bagi pasangan yang sudah mendapat kebenaran berkahwin akan dilakukan di Pejabat Agama Daerah masing-masing mengikut ketetapan jadual yang diberikan.

Bagi permohonan cabutan sijil perakuan nikah, cerai dan rujuk pula dibuka, namun perlu melalui proses janji temu terlebih dahulu.

"Permohonan dan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk ditangguhkan bermula esok sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Bayaran bagi cabutan sijil perakuan nikah, cerai, rujuk serta kursus pra perkahwinan pula hanya diterima pada hari Isnin dan Rabu sahaja," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut JHEAIPP berkata, temuduga khas menggantikan kursus pra perkahwinan juga akan dibuat secara dalam talian.

"Selain itu, perkhidmatan khidmat nasihat akan dilakukan secara dalam talian menerusi e-mel dan panggilan telefon," katanya lagi.

Kredit sumber : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment