Thursday, 20 May 2021

Neelofa & suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB di Kedai Karpet

 


Usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Noor Neelofa atau lebih dikenali sebagai Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 26,  yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Muhammad Haris didakwa atas dua kesalahan  gagal mematuhi SOP PKPB  dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd,  Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang 2 Mei lepas.

 Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis  itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment