Thursday 1 April 2021

[VIDEO] #BayanBaru Lelaki maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat


 Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh tiga kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.


Dalam kejadian 2.50 petang itu, tiga lagi lelaki cedera apabila kenderaan mereka dirempuh kereta mangsa yang hilang kawalan di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tengah.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden AA Anbalagan berkata, dalam kejadian itu, kereta Suzuki Swift dipandu lelaki berusia 30 tahun itu merempuh dua kereta dan sebuah motosikal yang berhenti di hadapan lampu isyarat.


"Kereta dipandu lelaki berkenaan merempuh bahagian belakang Perodua Myvi dan Toyota Vios serta motosikal.

"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta berkenaan parah di kepala, namun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Anbalagan berkata, tiga lagi mangsa membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 51 tahun cedera ringan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.


Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang berhubung kejadian itu.


Katanya, operasi menyelamat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.


"Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.


HMetro

5 comments:

  1. Don't waste time and read best sex stories in hindi here. All these sex kahani are full of antarvasna and lust. This sex stories are full of hot talks, non veg jokes, sex positions etc. Get the best Indian sex story here. For more read our sex kahani. hindi sex stories

    ReplyDelete
  2. Apply for freelance acting jobs, freelance bloggers jobs, freelance influencers jobs, freelance singing jobs, freelance modelling jobs, freelance artists jobs in India. freelance makeup artist

    ReplyDelete
  3. Watch out all the latest hot gossip in the industry and know all the current hot talks going on. viral news in hindi

    ReplyDelete
  4. Get the best good morning quotes, inspirational, motivational quotes along with life, sad, friendship quotes & status. Stories, suvichar & thoughts in hindi, shayari in hindi. hindi quotes

    ReplyDelete
  5. Buy the best convection microwave oven in India under 10000 for healthy food buy now! best convection microwave oven under 10000

    ReplyDelete