Wednesday 10 February 2021

Ribuan ekor ikan mati di Sungai Perai

 


Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

10 Februari 2021, 3:30 pm


SEBERANG PERAI – Penduduk di Taman Kimsar, Perai di sini terkejut selepas melihat ribuan ekor ikan mati dan terdampar di Sungai Perai semalam.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), P. David Marshel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Satu tinjauan telah dibuat dan kami dapati beribu-ribu ekor ikan telah mati, tetapi tidak diketahui puncanya.

“Namun, pagi ini kami terima maklumat awal berkenaan satu insiden pelepasan air tanpa dirawat ke dalam Sungai Perai oleh sebuah kilang di tepi sungai itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

David Marshel berkata, pihaknya turut membuat satu laporan polis terhadap kilang tersebut supaya pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

“Jabatan Krisis MBSP turut dihubungi untuk mengambil sampel air dan bangkai ikan bagi dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar,” katanya lagi. – K! ONLINE

1 comment:

  1. Patut diGANTUNG sampai MAMPOS shj. KILANG2/INDUSTRI2 PENCEMAR SUMBER AIR ni - sbb. depa ni mmg. nak MEMBUNUH Rakyat & Haiwan2, TANPA belas kasihan!!

    ReplyDelete