Seorang ketua balai polis di Selangor kelmarin ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas dia didapati positif dadah.
Pegawai polis berpangkat Inspektor itu difahamkan positif dadah jenis methaphethamine, selepas anggota JIPS melakukan serbuan dan ujian saringan air kencing terhadapnya dan tujuh lagi anggota di balai sama.
Menurut Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya, serbuan dan pemeriksaan tersebut dijalankan susulan dari info dan aduan yang diterima mereka.
“Maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.
“Susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan terhadap Ketua Balai dan anggota yang disyaki,” katanya kepada Harian Metro.
AWANI
No comments:
Post a Comment