Seorang pengarah syarikat mengaku salah menjual kotak TV Android, penyahkod TV dan pusat media yang menawarkan kandungan televisyen cetak rompak, kata kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP).
Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, pengarah terbabit mengaku salah di mahkamah sesyen pada 8 Feb dan akan dijatuhkan hukuman pada 1 Mac.
Dia menghadapi hukuman denda sehingga RM40,000 dan penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.Kenyataan kementerian itu tidak menyebut nama pengarah terbabit.
Katanya, syarikat itu yang menjual “Long TV Android box” telah melanggar Akta Hak Cipta dengan mempromosikan peralatan dan perisian yang memintas perlindungan hak cipta siaran.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di i-City, Seksyen 7, Shah Alam, pada 2 Sept tahun lalu.
Kementerian itu brekata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menjual kotak TV Android seperti itu yang menawarkan penstriman cetak rompak bahan berbayar.
Kotak “Long TV” adalah peranti rangkaian isi rumah yang menggunakan sistem operasi Android seterusnya memberikan akses kepada ribuan rangkaian yang distrim dari seluruh dunia.
Ia juga boleh bertindak sebagai pusat media.
No comments:
Post a Comment