Seorang pemuda tidak berpuas hati disaman polis akibat tidak memakai pelitup muka semasa bekerja di restoran.
Muhammad Adam Fahmy Mohd Hasni mendakwa, ketika kejadian beliau sedang menyalai daging di dapur bersendirian.
“Saya disaman polis sebab salai daging tak pakai pelitup muka,” catatnya di Twitter dengan nama akaun @JINbara_.
“Saya bersendirian di dapur (bukan tempat sesak orang), salai daging, dapur salai banyak asap, kalau pakai pelitup muka boleh mati tak bernafas.”
Adam juga mendakwa ketika itu beliau bersuara dan memberi alasan munasabah namun tidak diendahkan polis terbabit.
Wkwkwkwk saya dicompound polis sebab smoke daging tak pakai facemask. Kepada polis tersebut , tolong guna otak lain kali kalau nak saman orang. Saya bersendirian di kitchen (bukan tempat crowded), smoke daging , smoker banyak asap , kalau pakai mask , boleh mati tak bernapas. pic.twitter.com/m6dXE6aN0l
— Thiago AlcantAdam (@JINbara_) January 31, 2021
pjuga mempersoalkan tindakan anggota polis itu sedangkan kerajaan sendiri melonggarkan pemakaian pelitup muka jika tidak berada “di tempat awam yang sesak”.
“Saya di dapur sendirian. Pelanggan pun kita tak bagi masuk, ambil tempahan dari luar kedai sahaja, SOP (operasi prosedur standard) mana lagi yang aku tak ikut, katanya.
Hantarannya sejak semalam dikongsi hampir 15,000 kali dan mendapat lebih 13,000 tanda ‘suka’.
Pengguna Twitter di ruangan komen menganggap saman yang dikenakan tidak wajar dengan menunjukkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terkini.
Ada yang mencadangkan pemuda itu agar membuat bantahan di mahkamah.
Namun menurut Adam beliau tidak memiliki bukti untuk mengesahkan kejadian kerana premis kerjanya tidak ada kamera litar tertutup (CCTV).
No comments:
Post a Comment