Pada jam lebih kurang 3 petang tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar yang bertindak diatas maklumat telah ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belukar Lenga, Chuping, Perlis.
Setibanya di rumah tersebut polis telah mengetuk pintu rumah tersebut yang dibuka oleh seorang lelaki. Pihak polis kemudian meminta lelaki tersebut memperkenalkan diri sebelum membuat pemeriksaan didalam rumah tersebut. Hasilnya, mereka menemukan sepucuk pistol berwarna silver yang dipercayai pistol tiruan dan (5) butir kelongsong peluru berwarna silver, sebilah parang serta sebatang besi panjang yang dipercayai digunakan semasa kejadian pergaduhan baru-baru- baru ini.
Pihak polis kemudian telah membuat semakan rekod kesalahan lampau keatas suspek dan mendapati suspek mempunyai 1 Rekod Kesalahan Jenayah Lampau dibawah Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 1 kesalahan jenayah yang telah dijatuhkan hukuman dibawah Sek. 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan tindakan khianat.
Pihak Polis seterusnya membuat rampasan barang kes dan tangkapan keatas lelaki tersebut mengikut Sek. 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah akta ini dan akan didakwa bersama dengan Sek. 324 Kanun Keseksaan; iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.
Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah, pengedaran dadah ataupun penyeludupan daun ketum dengan menghubungi talian hotline IPD Padang Besar yang beroperasi 24 jam 04-9491481 berserta dengan maklumat lengkap dan identiti anda akan dirahsiakan.
IPD PAdang Besar
No comments:
Post a Comment