Akibat cuaca panas melampau, seorang anggota bomba rebah selepas melakukan pemadaman kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Batu Lintang berhampiran Sekolah Menengah Telok Bayu, Kuala Muda, dekat sini hari ini.
Anggota terbabit, Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Muhamad Fafzdirul Zulkifli, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), untuk mendapatkan rawatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota terbabit tiba-tiba pengsan dipercayai diserang strok haba.
Sehingga pukul 2.45 petang Rabu, anggota terbabit, katanya, dilaporkan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan dan ditempatkan di Zon Kuning Wad Kecemasan.
Sementara itu, Mohamadul Ehsan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berlaku kebakaran pada jam 9.46 pagi.
Sebaik tiba, api katanya, sedang marak di bahagian dalam bengkel dan bomba mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke kedai berhampiran.
Menurut beliau, faktor cuaca kering dan angin kuat mengakibatkan api marak dengan pantas.
Kebakaran itu turut mengakibatkan lima buah kereta dan dua motosikal musnah.
Kerja pemantauan masih dilakukan di sekitar kawasan kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Tikam Batu dan Sungai Petani bersama 21 anggota dan tiga pegawai terlibat dalam operasi kebakaran.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
AWANI
Harapnya Adik BOMBA amat BERANI kita ni, Fafzdirul SELAMAT!!
ReplyDeleteHarapnya JABATAN BOMBA boleh BEKALkan AIR COOLER itk. Pegawai2 BOMBA - supaya sentiasa ada dlm. LORI2 BOMBA!!
Juga perlukan DASH CAM depan & belakang - supaya KESELAMATAN Anggota2 Bomba kita dpt. diJAGA dgn. amat KETAT, apalagi selepas tragedi PENBUNUHAN amat KEJAM Allahyarham Adik Adib kita oleh PEMBUNUH2 PARIAH, termsk. disyaki PENGGANAS2 PARIAH Tamil Eelam dlm. Rusuhan KUIL HARAM - yg. FAKTA2 Pembunuhan ni cuba diTIPU & diPUTAQ BELIT oleh bekas peguam negara PARIAH DAP PARASIT, tommy thomas BANGKAI tu!!