Sunday, 21 February 2021

Ketua Menteri Pulau Pinang sedia jadi individu pertama terima vaksin #covid19 di negeri ini

 


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjadi individu pertama di negeri itu yang bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dijadualkan bermula minggu depan.

Menurut Kon Yeow, beliau bersedia menerima suntikan sebagaimana dicadangkan selain tanda sokongannya terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya memimpin negeri Pulau Pinang dalam usaha program imunisasi ini, oleh kerana saya pemimpin negeri saya rela menerima cadangan untuk disuntikan pada masa yang dipilih itu," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Kon Yeow menyifatkan vaksin COVID-19 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini sebagai fasa penting dalam usaha negara melawan pandemik tersebut.


Katanya program imunisasi itu juga telah membawa harapan ke arah pemulihan selepas rakyat terpaksa membayar harga tinggi dari aspek nyawa, sosial dan ekonomi sejak bermulanya wabak itu kira-kira setahun lalu.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyambut ketibaan vaksin COVID-19 itu yang dibawa menerusi pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di LTAPP, Bayan Lepas.


No comments:

Post a Comment