Thursday, 21 January 2021

Joe Biden Akan Tandatangani 17 Perintah Eksekutif, Batalkan Dasar Pentadbiran Trump


Ternyata pada hari pertama Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat (AS) di Capitol, beliau tidak terus membuang masa apabila mula merancang menandatangani 17 Perintah Eksekutif berhubung fungsi negara AS.


Untuk makluman, Biden dari Parti Demokrat telah berjaya memenangi lebih 270 elektoral dan menewaskan Donald Trump untuk menerajui White House ketika ini.


Apa lebih menarik purata perintah eksekutif Biden dilihat jauh lebih banyak berbanding mantan Presiden Trump, Obama, Bush dan Clinton yang sekadar menandatangani 4 Perintah Eksekutif setelah beberapa minggu berkhidmat memulakan tugasan selaku Presiden sebelum ini.


Antara 17 Perintah Eksekutif yang akan dilakukan adalah:


1. Perintah eksekutif yang menghendaki orang awam memakai pelitup muka, dan menjaga jarak antara satu sama lain

2. Pelancaran “100 Hari Masking Challenge” untuk mendorong orang Amerika memakai pelitup muka.

3.Melibatkan semula AS pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

4. Mewujudkan semula Direktorat Keselamatan Kesihatan Global dan Biodefense, sebuah pasukan yang bertanggungjawab terhadap tindak balas pandemik, di dalam Majlis Keselamatan Nasional.

5. Tindakan Kongres untuk memberikan bantuan COVID-19, dan meminta kepada pelbagai jabatan untuk melanjutkan moratorium dan penangguhan pembayaran pinjaman Persekutuan.

6. “Instrumen” yang akan membolehkan AS bergabung semula dengan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim dalam masa 30 hari.

7. Menangani isu alam sekitar, kesihatan awam, atau kepentingan nasional, dan meminta agensi untuk memantau dan mengenalpasti isu perubahan iklim.

8. Meneliti dasar persekutuan dan membasmi isu perkauman dalam institusi persekutuan. Perintah ini juga akan membubarkan Suruhanjaya Trump tahun 1776.

9. Membatalkan pegecualian pendatang tanpa dokumen.

10. Memorandum yang mengarahkan pegawai untuk memelihara dan membantu kehadiran kanak-kanak dibawah DACA.

11. Membatalkan 2 Proklamasi, iaitu larangan Muslim memasuki AS dari negara-negara majoriti-Muslim.

12. Membatalkan penguatkuasaan imigresen Trump yang melampau dan mengarahkan agensi untuk menetapkan dasar imigrasi lebih selaras dengan nilai dan keutamaan pentadbiran Biden.

13. Menghentikan pembinaan tembok sempadan dengan Mexico dan menentukan cara mengalihkan dana tersebut ke tempat lain dengan sebaik-baiknya.

14. Memorandum untuk memperluaskan arahan yang membenarkan rakyat Liberia yang telah lama berada di AS untuk tinggal.

15. Mengarahkan pemerintah untuk menafsirkan Undang-Undang Hak Sipil sebagai melarang diskriminasi di tempat kerja berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina, bukan hanya bangsa, warna kulit, agama, seks, dan asal negara.

16. Menetapkan peraturan etika baru untuk pegawai kerajaan.

17. Membatalkan perintah proses eksekutif yang diwujudkan pada pentadbiran Trump.

Melihat pada senarai Perintah Eksekutif ini jelas Joe Biden ingin menjernihkan semula imej AS dan penglibatannya pada semua perkara bersama negara-negara global lain. Malah sasarannya ke atas pemantauan terhadap alam sekitar dilihat mampu mewujudkan lebih banyak peluang pelaburan pada pasaran global.

No comments:

Post a Comment