Thursday, 10 December 2020

Syafiq tak mengantuk tapi cuba elak sesuatu: Bapa



GEORGETOWN: Penyerang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad menafikan yang dia terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dalam kejadian Ahad lalu.

 

Bapanya, Ahmad Ibrahim, 56, berkata, anaknya itu berulang kali menegaskan yang dia cuba mengelak sesuatu ketika melalui kawasan berhampiran susur keluar tol Jawi.

 

Menurutnya, mereka sekeluarga sedih membaca laporan yang mengatakan Muhammad Syafiq mengantuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan tragis yang meragut nyawa anak lelakinya, ibu mertua dan pembantu rumah sedangkan ia berlainan dengan apa yang diceritakan anak sulungnya itu.

 

“Berkali-kali Syafiq memberitahu bahawa dia ketika itu cuba mengelak sesuatu dan bukannya disebabkannya terlelap apatah lagi ketika itu Syafiq menceritakan bahawa dia sedang berbual dengan isterinya sebelum berlaku tragedi itu.

 

“Syafiq juga sudah memberi keterangan kepada polis semalam berhubung insiden yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

--sinarharian

No comments:

Post a Comment