Wanita yang dipercayai membelasah dua kucing, sehingga seekor daripadanya yang bunting mati, direman empat hari untuk siasatan menzalimi binatang.Perintah reman dikeluarkan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Hakim membenarkan suspek direman selama empat hari hingga Ahad untuk membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan.Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak kurang RM20,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Pagi tadi, suspek yang berpakaian lokap dibawa ke Mahkamah Majistret pada 10 pagi tadi oleh polis.Dalam kejadian 1.20 tengah hari kelmarin, wanita yang bekerja sebagai broker itu dikatakan berang terhadap dua kucing berkenaan membuang di hadapan rumahnya Pintas Kalui, Seberang Jaya.
Beliau mengambil sebatang besi dalam keretanya sebelum memukul dua kucing yang ketika itu sedang makan.Akibat dipukul berterusan, kucing yang bunting itu mati tidak lama kemudian. Seekor lagi kucing cedera dan dilaporkan masih menerima rawatan berikutan mukanya bengkak dan mengalami kesukaran untuk makan.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad, berkata siasatan awal mendapati dua kucing itu terbiar dan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan, lapor Harian Metro.“Semalam pihak JPV pergi semula ke rumah suspek selepas soal siasat dijalankan serta membuat rampasan pakaian serta besi yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” kata beliau.
FMT
No comments:
Post a Comment