Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat hari ini diluluskan melalui undian.
Perkara itu diumumkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Azhar mengumumkan perkara tersebut selepas 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak manakala seorang tidak hadir.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 selepas ini akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibahaskan.
No comments:
Post a Comment