Rundingan berhubung pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara UMNO dan Pas sudah berada pada tahap 60 hingga 70 peratus selesai.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO akan bertanding di 55 kerusi yang dimilikinya, sementara Pas bersetuju untuk tidak meletakkan calon di kerusi sama bagi mengelakkan pertindihan.
"Kita telah bersetuju... sebagai contoh, 55 kerusi yang dimenangi UMNO tidak akan ditandingi oleh Pas, dan 18 kerusi yang dimenangi oleh Pas, tidak akan ditandingi UMNO.
"Terdapat enam kerusi yang kedua-dua parti kalah, jika UMNO mendapat undi lebih, maka Umno akan bertanding dan begitu juga sebaliknya.
"Jadi, secara kasar ia lebih kurang 70 peratus selesai (secara dalaman) dan peringkat seterusnya adalah (berunding) bersama Bersatu atau Perikatan Nasional (PN)," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu, rundingan peringkat dalaman antara UMNO dan komponen BN pula telah mencapai 90 peratus selesai.
Rundingan dalam BN dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan berjalan sebanyak tiga kali, jelasnya.
"Saya boleh katakan secara dalam... ia hampir 90 peratus selesai antara BN dan UMNO. Rundingan itu berjalan mengikut beberapa peringkat, kita ada peringkat satu, dua dan tiga," ujar beliau.
AWANI
Walau BEKERJASAMA bawah PN, Pemimpin2 NASIONALIS Islam/Melayu TULEN dr. UMNO/PAS - JANGAN terPERANGKAP utk. SERAHkan sewenangnya akan mana2 KERUSI PRU15 pd. Melayu2 LIBERAL dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu - kerana MALANGnya PERPADUAN UMMAH dlm. MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS telah berjaya diMUSNAHkan!!
ReplyDeleteLihat di -
https://malaysiagazette.com/2020/12/12/mungkin-perlu-gabungan-besar-tapi-umno-akan-terikat-azmi/