Tuesday, 29 December 2020

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Pesat, Menjelang Tahun 2035

 


Ekonomi Malaysia dijangka akan memaparkan peningkatan pertumbuhan dalam tempoh 15 tahun pasca COVID-19.


Jangkaan itu meliputi sasaran 10 tahun hadapan, pertumbuhan ekonomi negara akan bertambah baik pada purata 4.5% untuk setiap tahun.


Untuk makluman Malaysia kini mencatatkan penurunan pada Carta Liga Ekonomi Dunia (WELT) kepada kedudukan ke 40 berbanding tahun lalu, di kedudukan tangga 35.


Laporan CEBR ini menunjukkan penurunan tersebut dipengaruhi pasaran semasa. Meskipun kedudukan tersebut menurun namun pasaran negara masih berada di prestasi yang baik.


KDNK negara diunjurkan menguncup 6.0%, manakala hutang negara turut dianggarkan mencapai 67.5% berbanding 57.2% pada 2019 disebabkan penularan pandemik.


Namun pertumbuhan negara dijangka pulih dan pesat dengan jangkaan duduki tangga ke 28 pada 2035. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat membawa kepada kenaikan 12 anak tangga pada kedudukan ekonomi global.

No comments:

Post a Comment