Friday, 11 December 2020

Pengawal keselamatan didakwa bunuh tukang masak

ONG Lai Seng dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, hari ini


GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak, Sabtu lepas.

 

Ong Lai Seng, 65, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

 

Mengikut pertuduhan, Ong didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Chua Kok Seong, 42, di pondok pengawal, Blok 8, Desa May, Persiaran Paya Terubong di sini pada 8.50 malam, 5 Dis lepas.

 

Mahkamah menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan semula kes.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Teh Ee Teng.

 

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment