Tuesday, 15 December 2020

Khidmat feri Pulau Pinang diganti selepas 126 tahun berbaktišŸ˜¢

 

Feri Pulau Pinang adalah perkhidmatan feri tertua di Malaysia, menghubungkan antara terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Georgetown.


GEORGETOWN: Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, akan diganti bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.

Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata penambahbaikan akan dilaksana secara interim bermula 1 Januari depan hingga 30 Jun 2022, sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air diperkenalkan selepas tarikh terbabit.

Mengulas penggantian feri, katanya dua bot laju akan digunakan dan mampu membawa 200 penumpang dengan kepantasan perjalanan antara 10 hingga 15 minit serta kekerapan 40 kali sehari.

"Sepanjang tempoh itu, kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown dan Sultan Abdul Halim di Butterworth akan diubah suai dan dinaik taraf dengan terminal di Georgetown dipindahkan sementara ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

"Ia bagi menyediakan perkhidmatan feri yang lebih cekap dan keselesaan terminal, malah kita memberi jaminan tambang juga akan dikekalkan sepanjang tempoh perkhidmatan interim ini," katanya ketika sidang media di Hotel Royale Chulan di Pengkalan Weld, hari ini.

Kredit Berita Harian

No comments:

Post a Comment