Thursday, 10 December 2020

Covid-19: Pejabat Jabatan Perbendaharaan MBPP tutup 3 hari


GEORGETOWN: Pejabat Jabatan Perbendaharaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditutup tiga hari mulai hari ini selepas seorang kakitangannya dikesan positif Covid-19.

 

MBPP dalam satu kenyataan memaklumkan, proses sanitasi dijalankan pada pukul 7.30 malam tadi di Pejabat Jabatan Perbendaharaan, Tingkat 15, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), surau, tandas, kaunter dan tempat yang sering disentuh serta dikunjungi ramai.

 

“MBPP menerima panggilan daripada seorang kakitangan Jabatan Perbendaharaan kira-kira pukul 5 petang semalam yang memaklumkan dia sah positif Covid-19.

 

“Tarikh terakhir kakitangan itu hadir ke pejabat adalah pada 4 Disember dan dia diberikan kebenaran bekerja dari rumah pada 7 Disember setelah anaknya positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kenyataan itu memaklumkan, pengurusan juga menyerahkan nama 15 kakitangan yang mempunyai kontrak rapat dengan staf berkenaan kepada Jabatan Kesihatan negeri.

 

“Hari ini 10 kakitangan dipanggil menjalani ujian saringan, bakinya akan dipanggil dalam masa terdekat.

 

“Kontak rapat yang dikenal pasti diarahkan bekerja dari rumah sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan,” katanya.

 

Tambah kenyataan itu, sanitasi juga dijalankan di Bahagian Hasil MBPP semalam bagi memastikan perkhidmatan MBPP tidak tergendala.

 

“MBPP jmenggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian sedia ada bagi berurusan dengan MBPP,” katanya.


 – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment