Pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah bas dalam kejadian di Jalan Sungai Nipah di sini pagi tadi.
Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi itu mengakibatkan mangsa, Nor Arif f Bahari Rosli, 23, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Difahamkan motosikal dan bas terbabit dari arah yang sama, namun mangsa cuba memotong bas berkenaan tetapi tidak sempat menyebabkan motosikalnya terperosok di bahagian tayar belakang manakala mangsa tersepit di bawah bas.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas dalam kejadian di Jalan Sungai Nipah pagi tadi.
#BalikPulau Baru berlaku kemalangan di Simpang Empat antara bas rapid dan motosikal. Jalan sesak disebabkan bas rapid menghalang jalan. Sila rancang perjalanan anda. pic.twitter.com/hcTJybAtup
— penangkini (@penang_kini) December 9, 2020
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat, manakala pemandu bas berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment