Wednesday 4 November 2020

Warga emas hilang belum ditemukan

ANGGOTA polis dan Rela memperhebatkan usaha mencari warga emas yang hilang di Kampung Charok Padang, Sik, hari ini. - UTUSAN


SIK: Operasi mencari seorang lelaki warga emas yang hilang di Kampung Charuk Padang di sini masih diteruskan pada hari ke tujuh hari ini selepas disedari hilang oleh keluarganya Rabu lalu.

 

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, operasi mencari dan menyelamat warga emas itu, Ek Liau A/L Din Tin, 81, bermula pada sejurus menerima laporan kehilangannya pada keesokannya.

 

Menurutnya, seramai 73 anggota membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam operasi tersebut.

 

Pada masa sama, katanya, seramai 30 penduduk kampung turut membantu mencari warga emas itu yang juga mengalami masalah ingatan.

 

“Operasi mencari dan menyelamat pada hari ini melibatkan kawasan seluas 10 kilometer dari rumah lelaki terbabit.

 

“Setakat ini, kita tidak menemui sebarang petunjuk ditemui sejak operasi itu dilancarkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Charuk Padang di sini hari ini.

 

Sementara itu, seorang anak lelaki mangsa, Aibon, 41, berkata, ahli keluarganya  masih berharap agar bapanya ditemui dalam keadaan selamat walaupun hilang kira-kira seminggu lalu.

 

Menurutnya, sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang dalam tempoh lama seperti ini kerana kebiasannya penduduk kampung akan menghantar ayahnya pulang jika ditemui jauh dari kawasan rumah.

 

Selain itu, tambahnya, dia juga menggunakan bantuan lebih 50 bomoh dan mereka mendakwa bapanya ‘disembunyikan’ makhluk halus berhampiran rumah.

 

“Ada juga yang mendakwa kononnya sebatang pokok ara terletak kira-kira 15 meter dari rumah mempunyai kaitan dengan kehilangannnya,” katanya.

 

– UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment