TAIPEI: Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan timur Taiwan pada 9.40 pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan menurut Biro Cuaca Pusat.
Tiada laporan segera dibuat mengenai kerosakan atau kecederaan.
Pusat gempa terletak di laut, kira-kira 107.8 kilometer di timur laut Pejabat Daerah Taitung, pada kedalaman 29 km, kata Pusat Seismologi biro itu.
Intensiti tertinggi gempa, yang mengukur kesan sebenar gempa bumi, berlaku paling tinggi di daerah Taitung, Hualien dan Changhua, dengan ukuran 3 pada skala intensiti 7 peringkat Taiwan.
Gempa itu juga mengukur intensiti 2 di kota Kaohsiung, Taichung dan Tainan dan daerah Nantou, Yilan dan Miaoli, kata biro itu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment