KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun peningkatan kes Covid-19 masih berlaku di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, ini kerana negara dalam peringkat pemulihan dan ‘exit policy’ disamping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.
Katanya, sekiranya PKP dilaksanakan, ia bakal memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.
“Kerajaan membuat kawalan seimbang melalui kaedah pencegahan terbaik dengan membudayakan dan mengamalkan norma baharu kehidupan serta penjarakan sosial.
“Mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan berjaya mengawal penularan Covid-19,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkenaan PKP yang kini masih tidak dilaksanakan kerajaan walaupun berlaku penularan Covid-19.
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment