Tuesday, 3 November 2020

Setahun Sakit Tekak, Rupanya-rupanya lintah gergasi melekat di Trakea


Sejak setahun lepas, seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengalami sakit tekak.Selain sakit tekak, sebelum ini juga kanak-kanak dari bandar Linchang, selatan China itu sering mengadu sesak nafas dan berdengkur kuat ketika tidur.

Daily Star melaporkan, selepas pemeriksaan, pihak hospital mendapati seekor lintah gergasi melekat di trakeanya.Susulan itu, satu pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan haiwan tersebut.

Rakaman semasa pembedahan menyaksikan petugas kesihatan menarik keluar lintah sepanjang 2.8 inci itu menggunakan sejenis alatan.

Doktor memberitahu, lintah tersebut mungkin memasuki saluran trakea berpunca daripada minum air tidak dirawat.

Di kebanyakan wiayah di China, penduduk diminta supaya menjerang air terlebih dahulu sebelum diminum.

Ini bukan kes pertama kerana April lepas, seorang budak berusia sembilan tahun mengalami nasib yang sama

SUMBER

No comments:

Post a Comment