Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ berkenaan dengan penipuan yang menggunakan agama sebagai barangan jualan.
Gambar ini saya perolehi dari Facebook Najmi Farisham. Ada pihak tertentu ambil kesempatan menjual dinding asal bahtera Nabi Nuh yang berusia 6000 tahun!
Kredit foto: Twitter @akhifairuz_
Gila tak gilalah guys! Kalau benda begini tak dikawal, mau muncul produk-produk pelik seperti:
1. Tanah yg digunakan utk mencipta Nabi Adam
2. Batu yang digunakan Nabi Ibrahim baling syaitan
3. Sisik ular yang berubah dari tongkat Nabi Musa
4. Air Laut Merah yang terbelah saat Nabi Musa dan Bani Israel menyeberanginya
5. Generasi cucu cicit ulat yang berada di badan Nabi Ayub saat baginda sakit
6. Kuku buroq yang membawa Nabi Muhammad malam Isra' Mikraj
7. Bulu kibas yang Nabi Ibrahim sembelih
8. Pelepah 3 ekor burung yang Nabi Ibrahim cincang dahulu
9. Gigi unta Nabi Saleh
10. Batu telaga yang menempatkan Nabi Yusuf saat masih kecil
Huhuhu
Allahu. Saya yang tulis senarai ni pun rasa seram sejuk menulis. Bukan boleh percaya segelintir orang kita ni, silap-silap ada yang dapat inspirasi dari post saya ni, then keluarkan produk berkenaan. Matilanak!
Betul-betul kaki scammer!
Nabi Muhammad tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah, bukan hal yang lain. Pegang ia sungguh-sungguh! Bukan hal-hal seperti ini.
Soal bahtera Nabi Nuh pun sejarawan berbeza pendapat di mana ia berlabuh selepas banjir surut walau ada yang dakwa di Mount Ararat.
Kisah Nabi Nuh ni ibrah dia bukan pada kayu yang digunakan membuat bahtera, tetapi teladan Nabi Nuh yang susah payah berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya yang pemula menyembah berhala di muka bumi.
Itu yang patut kita fokus, bukan hal merepek seperti ini.
Begitulah.
Sumber: Gempak
No comments:
Post a Comment