Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk meminda tarikh peperiksaan SPM, STAM dan SPVM pada tarikh 22 Februari 2020. Manakala untuk peperiksaan STPM mula akan bermula pada 8 Mac 2021.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin menerusi sidang media khas pada hari ini.
Bagi calon peperiksaan membuat persediaan secukupnya, KPM memutuskan untuk mereka menyambung semula sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah masing-masing.
Ketetapan ini juga akan digunapakai untuk sekolah-sekolah swasta dan sekolah yang berdaftar dengan KPM. Selain itu, bagi sekolah yang tidak berdaftar diharapkan untuk mengikut juga ketetapan ini,” ujar Dr Radzi dalam sidang media hari ini.
No comments:
Post a Comment