Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Ampang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.
Beliau pada masa sama turut menyerahkan siasatan terperinci kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi kejadian sebentar tadi.
kemalangan udara telah dilaporkan pada jam 11.50 pagi, Ahad, 8 November 2020 di Bukit Melawati, Kuala Lumpur yang melibatkan 2 helikopter (9M-HCA & 9M-HCB), jenis G2CA. Dua helikopter ini yang sedang melakukan latihan penerbangan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bersama 4 orang krew. Kedua-dua helikopter ini dilaporkan bertembung sesama sendiri di udara di mana 1 helikopter telah terhempas dan 1 lagi berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan SJKT Taman Melawati.
Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KL ARCC) telah diaktifkan untuk membantu dalam usaha pengkoordinasian operasi menyelamat ini. Maklumat terbaharu yang diterima menyatakan bahawa 2 orang telah meninggal dunia dan dua lagi mangsa sedang menerima rawatan perubatan.
Susulan daripada kemalangan udara tersebut, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13) telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan mulai 8 November 2020. Berdasarkan ICAO Annex 13, laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan. Dalam hubungan ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti (not to the purpose to apportion blame or liability).
Pasukan penyiasat tersebut akan mengeluarkan satu laporan penuh berhubung hasil siasatan termasuk syor penambahbaikan bagi keselamatan penerbangan awam setelah keseluruhan siasatan selesai. Dapatan daripada hasil laporan tersebut akan digunakan oleh Kerajaan sebagai asas untuk mengemukakan syor-syor penambahbaikan secara holistik terhadap industri penerbangan awam negara.
No comments:
Post a Comment