Sesi persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Pulau Pinang hari ini kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berhubung isu ketidakhadiran Adun Pantai Jerejak.
Adun Zulkifli Ibrahim (Bersatu-Sungai Acheh) telah bangun bertanya kepada Speaker Datuk Law Choo Kiang ke mana Adun Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum DUN beralih kepada sesi penggulungan.
Persoalan itu telah menyebabkan Adun Dr Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) bangun dan membacakan Peraturan Dewan yang mewajibkan semua Adun kalau tidak dapat hadir harus memaklumkan kepada setiausaha DUN dengan kadar segera.
“Saya telah perhatikan, kerusi Pantai Jerejak ini telah kosong sejak hari pertama persidangan. Sebelum ini ada usul nak kosongkan kerusi...sekarang ini, ada kerusi tapi tiada wakil rakyat. Apa yang berlaku ini? Ini tindakan yang tidak menghormati Dewan,” katanya.
Afif menyifatkan Adun Pantai Jerejak seperti menerima gaji buta dengan tidak hadir ke DUN selepas mendapat mandat rakyat.
No comments:
Post a Comment