Seorang senator Brazil Chico Rodrigues ditahan selepas didapati menyembunyikan wang tunai berjumlah 30,000 real (RM22,217.48) di dalam seluar dalamnya.
Lapor AFP seperti dipetik Sinar Harian, beliau ditahan dalam satu siasatan polis berhubung dana awam bagi memerangi koronavirus (Covid-19).
Ketika rumahnya di Roraima, utara negara itu diserbu beberapa pegawai persekutuan pada Rabu lalu, mereka menemui wang berkenaan di dalam seluar dalam dan celah punggungnya.
Dalam satu kenyataan polis mendakwa siasatan itu adalah usaha membongkar 'kemungkinan satu skim jenayah yang mengalihkan dana awam' di Roraima.
Selain mengadu rumahnya diserbu kerana melakukan tugas sebagai seorang ahli perundangan, Rodrigues menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebaran kesalahan.
Sementara itu, Presiden Jair Bolsonaro mendakwa media menggunakan berita penangkapan senator itu untuk menggambarkan kerajaannya terpalit jenayah rasuah. - SUMBER
No comments:
Post a Comment