KUANTAN: Polis sentiasa
bersiap sedia jikaa kerajaan sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 di negara
ini.
Pengarah Pengurusan Bukit
Aman, Datuk Ramli Din berkata, bilangan anggotanya ketika ini juga masih
mencukupi membantu Kementerian Kesihatan memerangi wabak berkenaan.
“Kami sentiasa bersedia.
Ini bukan benda baru. Kita sudah ada pengalaman (melaksanakan PKP) sejak Mac
lalu dan kita telah laksanakan dengan jayanya,” katanya dalam sidang akhbar
pada sambutan Hari Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2020 di sini
hari ini.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment