Thursday, 1 October 2020

#Penaga Guru positif #covid19 SK Permatang Janggus ditutup

 

Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang diarah ditutup sehingga 8 Oktober ini berikutan seorang guru di sekolah itu dilaporkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) negeri Abdul Rashid Abdul Samad memaklumkan arahan penutupan tersebut dibuat bagi membendung penularan wabak COVID-19 dikawasan berkenan.

Abdul Rashid berkata ketika ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan ujian saringan COVID-19 (swab test) untuk semua murid guru dan juga kakitangan sekolah berkenaan.



Katanya, seramai 600 murid terdiri dari tahun 1 hingga 6 diarah menjalani ujian tersebut sejak pagi tadi.

Abd Rashid berkata pihaknya belum mendapat laporan lengkap dari pengurusan sekolah berkenaan namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di sekolah hari ini.

Katanya, sebarang keputusan lanjut akan dibuat selepas pihak JPN bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 600 murid terdiri dari tahun 1 hingga 6 diarah menjalani ujian tersebut sejak pagi tadi. - Foto Astro AWANI

Seramai 600 murid terdiri dari tahun 1 hingga 6 diarah menjalani ujian tersebut sejak pagi tadi. - Foto Astro AWANI

Sementara itu tinjauan Astro Awani di sekolah mendapati ibu bapa mula membanjiri sekolah dan menunggu anak masing masing menjalani ujian saringan COVID-19.

Menurut mereka, pihak sekolah memaklumkan perkara itu pagi tadi meminta semua murid menjalani ujian dan mereka perlu dikuarantinkan dirumah.


AWANI

No comments:

Post a Comment