Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia sebentar tadi.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.Perkara itu disahkan oleh sumber Parti Warisan Sabah (Warisan).
Mendiang merupakan bekas menteri undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) & mendiang dimasukkan ke Hospital awal minggu ini dilaporkan koma.
Mendiang pernah memimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), yang menjadi komponen BN ketika itu, sebelum menyertai Warisan.
Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Najib Razak pada 2009 hingga 2013.
Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kota Belud, Liew ditauliahkan sebagai peguam oleh Lincoln's Inn, London selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti North London pada 1987.
No comments:
Post a Comment