GEORGE TOWN: Persidangan
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu sebanyak 153,441.26 tan
metrik sisa plastik diimport melalui Pelabuhan Pulau Pinang di Terminal Kontena
Butterworth Utara (NBCT) bagi tempoh 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2020.
Pengerusi Jawatankuasa
Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh
berkata jumlah itu diimport oleh 22
kilang merangkumi 13 di Pulau Pinang dan bakinya di luar negeri tersebut.
“Bagi kilang di Pulau
Pinang sahaja, jumlah pengimportan sisa plastik ialah 95,136.93 tan metrik dan
baki iaitu 58,304.33 tan metrik melibatkan
kilang dari luar Pulau Pinang," katanya semasa menjawab soalan lisan H'ng Mooi Lye (PH-Jawi)
di sini.
Phee berkata jabatan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan
lesen import (AP) sisa pepejal plastik H.S. Kod 39.15 ialah Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment