KUALA LUMPUR: Penutupan
semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM)
di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov ini.
KPM menerusi satu
kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan
(Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berhubung
pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan
itu dari 27 Okt hingga 9 Nov ini.
Menurut kenyataan itu,
penutupan institusi pendidikan berkenaan termasuk tadika, sekolah harian, sekolah
berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru
(IPG).
Sehubungan itu, pentadbir
sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga
pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di rumah, manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal
rasmi KPM, www.moe.gov.my.
PKPB di Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula 14 Okt llalu sepatutnya
tamat esok.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment