Friday 30 October 2020

Akaun media sosial Tun M perlu dipadam sebelum lebih banyak kerosakan berlaku - Najib Razak


Semua akaun media sosial Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipadam sebelum lebih banyak kerosakan berlaku, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri mengulas kenyataan terbaru wakil rakyat Langkawi berhubung gesaan “membunuh” warga Perancis.

“Dunia perlu bertenang dan membaca penuh kenyataan Dr Mahathir. Saya pasti beliau tidak bermaksud seperti yang didakwa.


 “Namun jika betul, itu pandangan peribadinya dan bukan Malaysia.

“Dalam pada itu, seseorang perlu menurunkan semua akaun media sosialnya sebelum beliau membuat lebih banyak kerosakan,” katanya.

Dr Mahathir dalam satu ciapan berkata umat Islam berhak marah dan membunuh jutaan warga Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai pada masa lalu.

Beliau mengulas serangan gereja di Niece, Perancis semalam yang mengakibatkan tiga terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

Projek MM

No comments:

Post a Comment