Friday, 30 October 2020

Tragedi #NiceFrance Tun M dihentam netizen luar

 


Gara-gara untaian (thread) ciapan di Twitter, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad teruk dihentam pengguna Twitter luar negara.

Beliau mengulas mengenai insiden karikatur yang menghina junjungan besar, Nabi Muhammad yang mengakibatkan pembunuhan seorang guru di Perancis baru-baru ini.

Tun Mahathir menyuarakan kelantangan beliau mengenai pentingnya menghormati orang lain meskipun mempunyai kebebasan bersuara.

Namun, salah satu daripada untaian itu, iaitu ciapan nombor 12, telah disalahertikan oleh warga Twitter dari luar negara.


“Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan orang Perancis atas pembunuhan beramai-ramai pada masa lampau,” menurut ciapan itu.


Ciapan itu telah diulang ciap lebih 26,000 kali dan mendapat perhatian warga dunia yang rata-rata dilihat tidak membaca keseluruhan untaian itu.


Menurut Tun Mahathir, orang Perancis telah membunuh jutaan orang Islam pada masa lalu.

“Tetapi secara umumnya orang Islam belum mengaplikasikan undang-undang ‘darah dibayar darah’. Sebaliknya, orang Perancis sepatutnya mengajar warga mereka untuk menghormati orang lain,” sambung beliau.

Katanya, memandang Perancis menyalahkan semua orang Islam dan agama Islam atas apa yang dilakukan oleh individu yang marah, orang-orang Islam berhak menghukum orang Perancis.

“Boikot tidak boleh memberi pampasan terhadap kesalahan yang dilakukan orang Perancis selama ini,” ujar beliau.

Nama beliau turut menjadi trending di Twitter akibat untaian tersebut. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment