Saturday, 5 September 2020

Salah Waze Lagi Tersalah Masuk Lorong Motosikal

 


Dua pemandu kereta memberi alasan mengikut aplikasi navigasi apabila 'termasuk' ke laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang, kelmarin.

Terdahulu, tular dua video menunjukkan Toyota Vios dan Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di situ dalam kejadian berasingan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pemeriksaan mendapati Toyota Vios itu dipandu lelaki tempatan, manakala Perodua Bezza dipandu wanita tempatan masing-masing berusia 33 tahun.

"Keterangan kedua-dua pemandu berkenaan direkodkan malam tadi dan pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi navigasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

“Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 




No comments:

Post a Comment