PENGUATKUASAAN KHAS VAN PERSENDIRIAN BAWA PEKERJA
Seberang Jaya, Pulau Pinang - 28 September 2020.
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan khas ke atas van persendirian membawa pekerja kilang di sekitar Daerah Seberang Perai dan Barat Daya, Pulau Pinang.
Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi mengambil tindakan terhadap van persendirian yang membawa pekerja kilang tanpa lesen pengendali yang sah. Tindakan saman dibawah seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan bagi kesalahan pertama. Tindakan lebih tegas akan dilakukan sekiranya pemandu dan pemilik kenderaan terus melakukan kesalahan berulang termasuk dikenakan tindakan dibawah seksyen 16 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan disita dibawah seksyen 80(1) Akta yang sama. Dalam operasi yang dijalankan selama 2 hari, sebanyak 3 buah van persendirian membawa pekerja kilang telah disita kerana pemandu tiada lesen memandu semasa memandu kenderaan .
Semua pengusaha van persendirian adalah dinasihatkan supaya memohon lesen pengendali yang sah untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan serta memastikan pemandu mempunyai lesen memandu semasa beroperasi.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Pulau Pinang untuk mengikuti informasi terkini.
#PanduCermatSampaiSelamat
#JPJMalaysia
#DigitalisasiKeArahIntegriti
#infoJPJ
#aduanJPJ
#viralJPJ
Kredit : JPJ Pulau Pinang Page FB
#polisitiadahadiah
#ABMS
#jpjpenang
#tiadaharitanpaoperasi
#amanahdijunjung
No comments:
Post a Comment