Friday, 4 September 2020

Parti belia hanya pecah-belah masyarakat - Rafidah Aziz

 

Jangan wujudkan lebih banyak pecah-belah di negara kerana sudah berlaku banyak pecah-belah, demikian kata ahli politik veteran Tan Sri Rafidah Aziz berhubung cadangan untuk menubuhkan parti belia.

Beliau berkata sudah cukup pecah-belah yang berlaku dan tiba-tiba “semua orang berkata, anda seorang wanita, atau seorang lelaki, Melayu, Cina, Kristian, Islam, Buddha atau Hindu”.

“Anda tahu ia memecah-belahkan kita? Sudah berlaku pecah-belah, sekarang ia adalah ‘anda sudah tua, anda masih muda ...adakah masih tidak cukup lagi pecah-belah yang berlaku di negara ini?” katanya mengulas kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman yang mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang diterajui belia.

Ditanya sama ada parti belia yang akan ditubuhkan Syed Saddiq adalah bagus untuk negara, Rafidah ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah pada “Dialog Kepimpinan: Hala Tuju Malaysia” pada Forum Pencegahan Rasuah Malaysia di sini semalam, berkata: ”Anda tidak sepatutnya memulakan lebih banyak pecah-belah.”

Rafidah turut berkongi pengalamannya sebagai Senator paling muda pada usia 30 tahun dengan proses pembelajaran beliau dalam dunia politik adalah daripada kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik.

“Tidak kira berapa banyak ijazah yang anda ada, pengalaman lebih penting. Saya mendapat pengalaman daripada mereka yang membina negara ini, bukan memusnahkannya,” katanya. — Bernama


No comments:

Post a Comment