Bangunan ini nama rasminya ialah, Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad). Sebelum itu, walaupun bangunan ni sama warna biru dengan Menara Tun Razak Exchange (TRX), bangunan ni tidak mempunyai kaitan langsung dengan TRX.
Nama bangunan ini diletakkan sebagai Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 pula merujuk kepada jumlah bilangan tingkat bangunan yang mempunyai sebanyak 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan
biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan "silhouette" imej Tunku Abdul
Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!"
pada 31 Ogos 1957. Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja-saja
dinaikan, tetapi sebab ianya melambangkan tangan Tunku Abdul Razak (TAR).
Bangunan ini dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yang membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ini yang berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu. Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.
Keseluruhan kompleks
Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa. Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri.
Fasa 2, pusat membeli-belah dan taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara
kediaman yang berada sekeliling menara utama. Fasa 1 & 2 akan siap pada
2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.
Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara & KEDUA TERTINGGI DI DUNIA.
Kepada yang ingin tahu lebih lanjut tentang Menara Merdeka 118 boleh layari laman web tersebut
No comments:
Post a Comment