Thursday, 3 September 2020

#KotaBharu tak sempat dinobat, Ratu Dangdut & Ratu Gedik ditahan

 


“Mungkin tak faham bahasa atau mungkin terlupa” itu yang sesuai diungkap untuk 23 pengunjung yang menyertai satu pertandingan nyanyian dangdut di Kota Bharu, Kelantan apabila kesemua mereka ditahan pihak berkuasa dalam satu serbuan di premis tersebut semalam.

Menerusi laporan Malaysiakini, kesemua mereka ketika kejadian difahamkan sedang sibuk melayan perasaan di ‘pusat karaoke’ tersebut apabila pihak berkuasa yang terdiri dari Polis, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) menyerbu permis tersebut yang merupakan sebuah restoran.

Sewaktu pemeriksaan  mereka kemudiannya mendapati terdapat sejumlah 11 orang lelaki dan 12 wanita yang berada di dalam bilik dan menyertai pertandingan lagu karoake dimana salah seorang dari mereka merupakan bekas peserta siri realiti televisyen yang bertanggungjawab menjadi juri.

Lebih mengejutkan apabila ada di kalangan peserta pertandingan tersebut yang merupakan warga emas





Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Hariss Ghazali, berkata serbuan itu yang diberi nama operasi Noda Khas yang bermula sekitar jam 11.20 diketuai Pegawai Cawangan D7 Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Insp Muhamad Farid Abu Othman turut menemui hamper sebagai hadiah buat para pemenang diantaranya bagi kategori Ratu Gedik, Ratu Dangdut & Penyanyi Lelaki Terbaik.


Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati aktiviti karaoke di premis terbabit dijalankan tanpa lesen. Selain kesemua mereka pihak berkuasa turut menahan pemilik kedai yang yang juga penganjur pertandinga.

“Pihak berkuasa juga menahan seorang lelaki yang juga pemilik kedai merangkap penganjur pertandingan serta merampas peralatan karaoke.

“Semua individu berusia 35 hingga 65 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Kesemua mereka kemudiannya ibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dengan menaiki sebuah trak MPKB-BRI untuk tindakan lanjut.

Selain eitu empat peserta wanita juga berdepan tindakan Jaheik kerana tidak berpakaian tidak sopan serta tidak menutup aurat.





No comments:

Post a Comment