GEORGE TOWN: Seorang
pekerja premis peruncit kecantikan dan kesihatan di Jelutong, di sini, hampir
kehilangan dua jarinya apabila tersepit selama lebih 30 minit pada pintu kaca
automatik premis berkenaan pada Selasa.
Bagaimanapun pekerja
wanita berusia 23 tahun itu diselamatkan anggota bomba yang datang tidak lama
kemudian.
Dalam kejadian jam 1
tengah hari itu, pekerja terbabit dikatakan sedang mengemas dan secara tiba-
tiba dua jarinya tersepit pada pintu kaca berkenaan.
Berikutan itu pihak pengurusan premis berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan jari mangsa.
Menurut Jurucakap Pusat
Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya bergegas ke lokasi
selepas menerima panggilan pada jam 1.10 tengah hari.
"Anggota bomba
terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan
menggunakan pengumpil.
"Mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut" katanya dalam kenyataan.
--AstroAwani
Anggota bomba berhaya mengeluarkan Jari Tersepit di Watson Bukit Jambul, Pulau Pinang pic.twitter.com/vBy8oJjo9S
— penangkini (@penang_kini) September 16, 2020
No comments:
Post a Comment