Bekalan air di 1,156
kawasan atau 89.47 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air
tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya
setakat 6.30 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 136
kawasan masih dalam proses pemulihan.
Menurutnya, bekalan air
di Petaling mencatatkan peratusan pemulihan sebanyak 95.72 peratus; Gombak
(94.89 peratus); Kuala Lumpur (85.02 peratus); Klang/Shah Alam (59.32 peratus)
manakala Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing
mencatatkan peratusan pemulihan sepenuhnya (100 peratus).
“Sebanyak lapan kawasan
masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan (Petaling,
Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur) yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12
tengah malam, 7 Sept manakala, 54 kawasan terjejas juga masih belum mendapat
bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam, 8 September.
“Para pengguna
dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi
memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar
dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di
Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau berkata Air
Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan
terlibat.
Gangguan bekalan air
sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai
Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat
pencemaran sumber air mentah.
- Bernama
No comments:
Post a Comment